Sidang Pengajian
Pertama :
Dikabarkan bahawa bulan Ramadhan akan datang pada hari qiamat dalam bentuk
yang terbaik dan akan sujud di hadapan Allah swt, lalu Allah berfirman
kepadanya: Wahai Ramadhan ajukanlah
permohonanmu dan bawalah orang yang mengetahui hakmu. Lalu berkelilinglah
Ramadhan di antara lapangan-lapangan mahsyar dan kembali membawa orang yang
telah mengetahui dan memenui hak-hak menghadap Tuhan.

Ramadhan menjawab: Tempatkan ia di
sisi nabiMu dan tempatkanlah ia di dalam syurga Firdaus. Bertanya lagi
Allah kepada Ramadhan: Apa yang engkau
kehendaki lagi wahai Ramadhan?. Ramadhan menjawab: Telah terpenuhilah hajatku wahai Tuhanku dan manakah pemberianMu?
Dan diberinya ia seratus kota yang dibangun dari permata yaqut merah dan
zabarjad hijau, di mana di tiap-tiap kota terdapat seribu gedung (
Zahraturriadh)
Wallahu ’alam
H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 1
Surabaya, 1977
No comments:
Post a Comment