Zaid bin Arqam bin Zaid bin Qais bin Nu’man bin Malik bin al-Aghar bin
Tha’labah bin Ka’ab bin Khazraj. Ulama berselisih pendapat tentang gelarannya.
Ada pendapat menyebut Abu Umar dan ada yang menyebut Abu Amir. Beliau masih
kecil sewaktu peperangan Uhud. Mula menyertai peperangan Khandak. Ada pendapat
menyatakan peperangan Muraisi’. Berperang 17 kali bersama nabi saw sebagaimana
thabit dalam Shahih.
Beliau banyak meriwayatkan hadis. Antara yang meriwayatkan daripadanya pula
ialah Anas, Abu Tufail, Abu Uthman al-Nahdi, Abdul Rahan bin Abi Laila, Abd
Khairin, Tawus dan beliau mempunyai kisah yang menarik ketika turunnya surah
al-Munafiqin. Menyertai peperangan Siffin bersama Ali. Beliau meninggal dunia
pada tahun 63 Hijrah di Kufah sewaktu zaman pemerintahan al-Muhktar dan ada
pendapat mengatakan pada tahun 68 Hijrah.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment