Esei 11
Musuh terbesar manusia ialah
dirinya sendiri. Walaupun setiap pesakit beranggapan mereka menghadapi masalah
yang unik, Addington, penulis 100 per sen
kuasa minda tetap mengakui bahawa penyakitnya adalah sama. Dengan cara yang
tersendiri setiap orang telah merendahkan nilai diri dan kemampuan untuk
mencapai kejayaan.
Dalam teknik haluan kendirinya, beliau menyatakan bahawa apa yang manusia
percaya akan dirinya, apa yang dia dengan penuh yakin ingin memiliki atau
harapkan, itulah pengalaman hakikinya! John Milton merumuskannya dengan baik,
minda apabila dalam keadaan ia berfungsi sendiri, boleh mengubah neraka menjadi
syurga, atau mengubah syurga menjadi neraka!.
Ketabahan jisim penting setiap
manusia. Ia keberanian ketika sakit dan kerugian. Ia dikenali sebagai
penyelamat sewaktu terpinggir oleh keadaan. Syukurlah dengan apa yang anda ada.
Kesimpulannya, abadikan 3
perkataan berikut dalam kamus kejayaan; sikap, ketabahan dan
kesyukuran.
a) Seluruh dunia akan bersedia
apabila minda anda telah bersedia. (Shakespeare)
b) Hayati sepenuhnya apa yang
anda miliki. Saya berusaha sepenuh masa, di atas petua itu. (Ester Lauder)
Wallahu a’lam.
100 esei inspirasi & motivasi untuk pelajar
Stephen W.K Tan, 2009
No comments:
Post a Comment