Wednesday, September 4, 2013

Periksa baki bank masa



Bereskan kerja 1

Bayangkan yang kita mempunyai akaun bank yang dikreditkan RM86 400 pada setiap pagi. Setiap malam pula, pihak bank akan mengambil semula wang berapa pun baki yang gagal dibelanjakan sepanjang hari itu. Tiada yang dapat dibawa ke hadapan ataupun dipindahkan. Apa yang kita akan lakukan?

Kita memang mempunyai sebuah akaun bank di Bank Masa. Setiap pagi, 86 400 saat dikreditkan ke akaun kita. Setiap malam, walau berapa pun bahagian yang gagal dilaburkan bagi tujuan yang baik akan diambil oleh bank.

Sekiranya kita gagal menggunakan deposit harian, yang rugi adalah kita. Tiada jalan berpatah balik. Kita perlu gunakan deposit ini dengan berhemah supaya beroleh daripadanya kejayaan bisnes, kesihatan dan kebahagian yang melimpah-ruah. Gunakannya bagi menyelesaikan banyak perkara.

Masa berjalan dan kita perlu manfaatkan setiap saat yang kita ada. Nilai masa boleh diukur dalam unit berikut:

a) Nilai setahun : Bagi mengenal nilai setahun, tanya pelajar yang gagal mendapat gred yang baik.
b) Nilai sebulan : Tanya ibu yang melahirkan anak pra matang
c) Nilai seminggu : Tanya orang yang menyunting akhbar mingguan
d) Nilai sejam : Tanya orang yang sedang menunggu orang penting menyertai mesyuarat
e) Nilai seminit : Tanya orang yang baru ketinggalan tren dan gagal menyampaikan pembentangan penting
f) Nilai saat milisaat : Tanya orang yang menang pingat perak dalam acara lumba lari.

Sekiranya kita perlu buat sesuatu, tetapi tidak melaksanakannya, kita tidak dapat membalikkan masa!. Maka berusahalah untuk manfaatkan setiap saat yang kita ada.

Ingat, masa tidak menunggu kita!

a) Masa depan adalah sesuatu yang setiap orang dapat mencapainya pada kadar enam puluh minit sejam, apa sahaja yang dia lakukan walaupun siapa dia. (C.S. Lewis)
b) Engkau sungguh-sungguh cintakan kehidupan? Oleh itu jangan bazirkan masa kerana hidup ini berharga (Benjamin Franklin (1706-1790))

Wallahu a’lam.

Rus Slater
2012

No comments:

Post a Comment