Wednesday, September 18, 2013

Amah binti Khalid



Tokoh 3
Lahir di negeri perantauan

Al-Bukhari meriwayatkan dengan sanadnya daripada Ummu Khalid (amah) binti Khalid yang berkata, beberapa helai pakaian yang di dalamnya terdapat pakaian yang diberi garis-garis (dengan sutera atau buku binatang) dibawa kepada rusulullah saw, kemudian baginda bersabda: Menurut kamu, siapakah yang paling layak kita berikan pakaian ini?. Mereka diam, kemudian rasulullah saw bersabda: Bawakan Ummu Khalid ke mari.

Aku pun dibawa ke hadapan nabi saw kemudian baginda memakaikan pakaian tersebut kepadaku dengan tangan baginda sendiri sambi bersabda: Pakailah pakaian ini sehingga lusuh. Baginda bersabda seperi itu sebanyak dua kali,

Antara makna kata-kata baginda adalah semoga hidup Amah binti Khalid panjang sehinggalah pakaian yang dipakaikan nabi saw lusuh.

Amah binti Khalid mengingati keutamaan dan ketokohan penuh berkat ayahnya. Beliau berkata : Ayahku adalah sahabat yang pertama menulis, Bismillahir Rahmanir Rahim. Begitu juga Amah turut menyatakan : Ayahku orang kelima yang memeluk Islam, berhijrah ke Habsyah, tinggal di sana 10 tahun lebih dan aku lahir di sana.

Sesungguhnya menurut az-Zahabi : Dia ( Amar binti Khalid) hidup hampir 90 tahun. Aku berpendapat beliau adalah sahabat wanita yang terakhir meninggal dunia kerana dia hidup sehingga zaman Sahl bin Sa’ad.

Wallahu a’lam

100 tokoh wanita di sisi rasulullah saw
Hepi Andi Bastoni, 2013

No comments:

Post a Comment