Bereskan kerja 2
Ramai orangg kadangkala kabur
dalam memberikan arahan ataupun menerangkan apa yang mereka mahu. Pada
permulaannya ia mungkin tidak memberikan masalah, namun ia mendorong pembaziran
masa yang banyak . Sekiranya kita diminta melakukan sesuatu, pastikan kita 100
peratus pasti apa yang mereka perlukan.
1. Seboleh mungkin dapatkan
arahan / permintaan bertulis. Tindakan menulis membuatkan orang yang memberi
arahan itu berfikir lebih hati-hati dan cermat berkenan apa yang sebenarnya
mereka mahukan. Ia juga mengelakkan perbezaan pendapat berkenaan apa yang
dikatakan dan didengar kelak.
2. Sama ada bertulis ataupun
lisan, cuba
dapatkan permintaan yang terperinci. Contohnya : Jemput saya di pintu barat
barat HSBC berbanding jemput saya di bank.
3. Lewat menyelesaikan tugas
adalah tidak bagus. Kita perlu tahu tarikh akhir tugas itu perlu diselesaikan.
Sekali lagi, dapatkan butiran terperinci seperti : Pada hari Jumaat, 5.30 ptg
berbanding pada hari Jumaat, minggu ini ataupun secepat mungkin.
Sekiranya pengurus mahukan
laporan jualan hingga bulan semasa tahun ini dipecahkan mengikut produk dan
kawasan, juga rujukan silang oleh pihak jualan. Laporan diperlukan pada petang
hari Jumaat 12 Julai.
Itu arahannya. Pada zahirnya
Nampak jelas, dengan tarikh akhur khusus. Namun, adakah cukup butiran perihal
bagaimana laporan perlu dihantar? Kita jangan mulakan tugas itu sehingga kita
tahu butiran terperinci seperti berikut:
# Ia dalam bentuk draf ataupun
lengkap?
# Adakah ia dalam format khusus
seperti mengikut templat syarikat?
# Adakah ia perlu ditambah dengan
gabungan daripada bentuk piawai syarikat lain?
Sekiranya orang yang memberi
arahan tidak memberikan semua butiran penting ini, maka kita perlu bertanya.
Jangan segan bertanya segala butiran ini. Cara terbaik memulakannya adalah
mengulang pemahaman kita perihal arahan itu kepada orang yang memberikannya.
Itu adalah cara yang dibuat oleh juruterbang!
Melakukan perkara yang betul pada kali pertama sentiasa lebih baik
daripada perlu menyemak dan melakukannya semula.
Wallahu a’lam.
Rus Slater
2012
No comments:
Post a Comment