Esei 13
Bakat harus dipupuk agar dapat
terserlah pada masa dan tempat yang sesuai. Bakat dan ilmu perlu disusuli usaha
yang gigih dan terancang. Sejak zaman purba lagi, individu yang hebat
pencapaiannya menghadapi jalan pahit getir penuh kekecewaan, ketabahan dan
kerja keras. Mereka menggabungkan bakat dan keinginan untuk menjadi manusia
yang unggul. Beberapa ketetapan berkaitan isu bakat antaranya:
1. Wujud yang mana dulu ayam-atau-telur di mana serlahan bakat
yang terpendam mengundang minat, usaha dan pencapaian khas dan, sebaliknya
minat, usaha dan pencapaian juga boleh mencungkil bakat yang terpendam.
2. Majoriti kanak-kanak sejak
lahir lagi dibekalkan kapasiti untuk memupuk kecekapan yang menarik bagi
menjana persembahan terunggul dalam sesuatu bidang dengan syarat respons
keadaan persekitaran mengizinkan.
3. Evolusi kebolehan tetentu
bukan perkara terus langsung tetapi adalah hasil daripada gemblengan tenaga
manusia bersama pelbagai input nilai, pengasuhan, keibubapaan, dorongan,
sekitaran, penglibatan dan kerja keras.
4. Meskipun berbeza semasa bayi,
kehadiran peluang-peluang yang sesuai, persekitaran yang merangsang, ibu bapa
yang menolong, kesemuanya penting dalam pembentukan kemahiran dan bakat
seseorang itu.
5. Ciri-ciri kebolehan luar biasa
adalah bawaan semula jadi, yang berkembang mengikut jejak yang disusun tepat
dengan suasana.
6. Masyarakat terlalu memandang
kagum kepada kebolehan luar biasa juvana dalam bidang matematik dan penghafalan
sehingga terlupa melihat latar belakang subjek, kegemaran mereka, wawasan, gaya hidup, lebih-lebih
lagi ibu bapa mereka yang telah bertanggungjawab mencorakkan struktur kehidupan
anak-anak mereka.
7. Bakat muzik dipupuk dengan
pendedahan yang bersahaja, kerap dan yang menyeronokkan, diikuti penerokaan
bebas mereka sepanjang hayat, sentiasa mendapat sokongan, sesi latihan,
kemudahan dan tahap motivasi mendalam
8. Kejayaan adalah hasil daripada
sikap kecekalan, obsesi, pembebasan serta penggemblengan seluruh bakat yang
kian lama terpendam
9. Para
jurutera dan pakar Matematik pada zaman dahulu tidak berpengajian tinggi,
kebanyakkan mereka belajar sendiri dan dipengaruhi oleh minat.
10. Empat kunci asas yang
membebaskan bakat adalah : sikap ibu bapa dan anak-anak, jati diri, kebolehan
menyelesaikan masalah serta motivasi terhadap aktiviti yang berguna.
a) Semua ingin menang tetapi berapa ramai yang suka berlatih??? (Mark
Spitz; pemenang 5 pingat emas Sukan Olimpik 1976)
b) Kebijaksanaan terdiri daripada 1% inspirasi dan 99% keringat.
(Thomas Edison)
Wallahu a’lam.
100 esei inspirasi & motivasi untuk pelajar
Stephen W.K Tan, 2009
No comments:
Post a Comment