1.1 Panas baran :
sifat yang memusnahkan
Setiap hari saya berhadapan
dengan sikap panas baran suami, kadang-kadang rasa buntu dan kecewa
Orang yang bersifat panas baran selalunya merupakan seorang yang tidak
berasa gembira dengan dirinya sendiri. Orang yang tidak gembira dengan dirinya
sendiri, tidak dapat menggembirakan orang lain. Kita seharusnya bijak mengawal
dan menangani emosi pasangan dengan kaedah dan cara yang betul.
Apabila kita berhadapan dengan seseorang yang panas baran, jangan cepat
berasa marah. Tetapi kita menganggap dia sedang sakit dan kita sebagai doktor
kepadanya. Kata pepatah : Orang yang baik
menjadi guru kepada orang yang jahat dan orang yang jahat menjadi kertas kerja
untuk orang yang baik. Jadi jika pasangan anda adalah seorang yang panas
baran, anggaplah dia sebagai seorang pesakit yang perlu dirawat. Bagi
merawatnya kita perlu tahu diagnosisnya. Bagi mengetahui diagnosis pula, kita
perlu tahu penyebabnya.
Mohonlah bantuan daripada Allah swt bagi menyelesaikan masalah, sekaligus
memberikan ketenangan yang menguatkan mental. Jika kita tidak suka apa yang
berlaku di dunia luaran, maka kita perlu mencermin dunia dalaman kita iaitu:
a) Perbetulkan diri sendiri
dahulu
b) Berasa belas kasihan
kepada suami
c) Cuba berkomunikasi yang
baik
Sebelum menegur orang yang panas baran, menangilah kepercayaannya kepada
anda dahulu kemudian tegurlah secara bijaksana.
Wallahu a’lam
Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad
Bahagia & membahagiakan,
2012
No comments:
Post a Comment