Friday, September 20, 2013

Enterprising



Inventori minat kerjaya (IMK):

Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlaat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

Contoh pekerjaan : Usahawan, Pengarah Syarikat, Spekulator, Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif Pemasaran, Agen Insuran, Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus Hotel, Pengurus Bank, Wartawan, Jurujual, Jurulatih dan Agen Pelancongan

Ciri-ciri personaliti: ciri kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka mempengaruhi, kebolehan manipulasi, suka meneroka (adventurous), yakin diri, optimistic, mudah mesra, berwawasan, bercita-cita tinggi, berusaha, social, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak berkomunikasi.

Wallahu a’lam.

Manual Pentaksiran Psikometrik
KPM

No comments:

Post a Comment