Esei 10
Kebahagiaan berada dalam
kesederhanaan, keseimbangan dan keserasian. Prihatinlah kepada isyarat minda.
Secara segera dan muktamad, padamkan kesemua perasaan negatif. Gunakan bisikan
gerak hati. Tingkatkan juga perasaan kepuasan dan kesyukuran. Milikilah minda
yang terhutang budi. Ia minda yang positif yang terlalu asyik dengan
perkara-perkara baik, tiada lagi ruang atau masa langsung untuk hal-hal yang tidak
menyenangkan. Lengkapi diri dengan memenuhi segala potensi.
Menurut Epictetus: Apa sahaja
boleh terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu perkara yang boleh kita kawal dan
perkara yang berada di luar kawalan. Adalah satu langkah bijak memilih jalan
hidup yang jelas dan hindari minda memikirkan perkara tidak menentu. Kesabaran,
kepuasan dan kegembiraan adalah kunci kepada hidup bahagia.
Sentiasalah ingat bahawa keamanan
dalaman hasil daripada keharmonian diri dan dunia sekeliling anda, dengan
penerimaan dan kepuasan sepenuhnya. Ada
serasi dengan tiupan angin dan arus alam. Terimalah segala keadan baik dan
buruk dengan hati yang tenang; ia aturan Tuhan. Lalui kehidupan menurut hakikat
diri yang sebenar, tiada kepura-puraan atau pertelingkahan, tidak takut dan
risau; bebaskan diri daripada igauan masa lampau, bebas daripada tuduhan atau
dendam. Manfaatkan hayat dan nikmati hidup dengan sebaik mungkin dan sepenuhnya.
a) Ramai manusia yang melepaskan peluang untuk bergembira, bukan sebab
mereka tidak menemuinya tetapi mereka tidak sempat berhenti untuk menikmatinya.
(William Feather)
b) Orang bodoh mencari kebahagiaan yang tidak mungkin tiba; orang bijak
menyemai dan menghidupkannya di bawah tapak kaki. (J,Oppenheim)
c) Alihkan punca dan kesannya akan tenggelam. (M.de Cervantes)
Wallahu a’lam.
100 esei inspirasi & motivasi untuk pelajar
Stephen W.K Tan, 2009
No comments:
Post a Comment