Esei 18
Langkah-langkah untuk berkawan:
a) Bayangkan keikhlasan kita
sebagai anggota masyarakat yang suka dan mudah bergaul. Ambil berat untuk
mengingati nama seseorang.
b) Tunjukkan tingkah laku yang
positif, sentiasalah bersemangat dan mempamerkan keceriaan dan keikhlasan yang
membuat orang lain berasa senang untuk duduk semasa bersama-sama kita.
c) Jadilah pendengar yang
prihatin, tumpukan perhatian kepada topic perbualan dan isu yang dibangkitkan.
Keperihatinan serta minat dapat meningkatkan mutu persahabatan dan akan membuka
ruang untuk meramaikan kenalan.
d) Terima hakikat tentang
ketidaksempurnaan, serlahkan yang positif dan elakkan perbezaan.
e) Pamerkan keceriaan,
penghargaan, keselesaan dan penerimaan.
f) Semangat bertolak ansur di
samping sikap mengambil berat, lebih banyak memberi daripada menerima.
Kehadiran kawan tidak membawa
elemen tekanan sebaliknya memperteguhkan jati diri daripada mengubahnya, kegembiraan dan meluaskan pengalaman di
samping mengembalikan semula keselesaan dan keyakinan.Begitu juga ada kesan
sebaliknya, jadi berhati-hati dalam memilih kawan. Pastikan mereka
berketrampilan, nilai peribadi yang memberangsangkan dan bertujuan positif,
baik dan beretika. Sahabat baik mengayakan aspek sosial. Kehadiran mereka bisa
memberikan kenangan yang mampu menyebabkan air mata kita mengalir.
a) Manusia sunyi kerana mereka telah membina tembok dan bukan membina
jambatan. (J.E Newton)
b) Ia adalah individu yang tidak berminat untuk bergaul dengan manusia
lain yang akan menghadapi kesusahan dalam kehidupan…daripada kelompok individu
beginilah munculnya kegagalan, (Alfred Adler)
Wallahu a’lam.
100 esei inspirasi & motivasi untuk pelajar
Stephen W.K Tan, 2009
No comments:
Post a Comment