Tokoh 5
Isteri Si
burung Syurga
Asma berhijrah ke Habsyah bersama
suaminya, Ja’far bin Abu Talib yang mendapat gelara Si Burung Syurga. Suatu
hari Asma’ berkata kepada rasulullah saw: Wahai
rasulullah, mereka membanggakan diri mereka atas kami dan menganggap kami tidak
termasuk golongan orang yang pertama berhijrah. Rasulullah saw menjawab: Kamu bahkan memiliki dua hijrah, iaitu
hijrah ke negeri Habsyah ketika kami ditahan di Mekah, kemudiam kamu berhijrah
lagi setelah itu ke Madinah.
Diriwayatkan oleh Ibnu Sakan
dengan sanad sahih daripada asy-Sya’bi, ketika Ali telah menikahi Asma’ binti
Umais, kedua anak lelaki Asma’ iaitu Muhammad bin Jafar dan Muhammad bin Abu
Bakar saling membanggakan ayah masing-masing dengan berkata: Aku lebih mulia daripadamu dan ayahku lebih
bak daripada ayahmu!
Mendengar pertengkaran tersebut,
Ali mengadu kepada Asma’ dan berkata: Damaikanlah
mereka berdua. Asma’ kemudiannya berkata kepada mereka berdua; Aku belum pernah melihat seorang pemuda yang
lebih mulia daripada Ja’far dan seorang lelaki tua yang lebih baik daripada Abu
Bakar.
Ali kemudian menyahut; kemudian bagaimana pula dengan aku?
Wallahu a’lam
100 tokoh wanita di sisi rasulullah saw
Hepi Andi Bastoni, 2013
No comments:
Post a Comment