Merong Mahawangsa sejarah asalnya
Negeri Qalha nama awalnya
Kedah Darul Aman sehebat namanya
Negeri maju hasrat besarnya
Lembangan Kedah luas saujana
Hijau kuning indahnya warna
Pertanian maju ekonomi terjana
Agenda petani ikut rencana
Gunung Jerai di tengah lembangan
Di puncak dingin dapat ketenangan
Hijau hutannya dicemar jangan
Datang pelancong beri pulangan
Padi menguning hasil bertambah
Berkat kerajinan petani tabah
Nasib rakyat terus berubah
Berdaya maju minda bercambah
Bandar Alor Setar ibu negari
Pesat membangun semakin berseri
Rakyat mesra tidak terperi
Lambing kedaulatan tegak berdiri
Pekan Rabu tempat tumpuan
Berjual beli pelbagai sukuan
Barangan murah jadi buruan
Sekali datang jadi igauan
Lembah Bujang tempat prasasti
Tinggalan lama menjadi bukti
Datang ke sini jika bercuti
Dapatkan ilmu lekat di hati
Suasana indah sangat menyerlah
Ramai berkunjung menghilangkan
lelah
Tenang fikiran lerai masalah
Kulim lambing kemajuan industri
Teknologi tinggi dibawa ke mari
Semakin berkembang meniti hari
Hasil rencana wawasan bestari
Pulau langkawi pulau yang indah
Seantero dunia terkenal sudah
Berkunjung datang semakin mudah
Datang sekali kenang tak sudah
Tanjung Dawai kampong nelayan
Semakin meriah bukan andaian
Hasil laut pendapatan lumayan
Ke mana sahaja ada rangkaian
Daerah Baling jauh ke hujung
Menanti tuan datang berkunjung
Budaya megah tetap disanjung
Suci agama kuat dijunjung.
Ghazali Lateh
Negara Tercinta
No comments:
Post a Comment