Esei 15
Yang pelik mengenai kebebasan
ialah apabila semua orang boleh berbuat sesuka hati, tiada siapa yang bebas!
Kemerdekaan mutlak akan berakhir apabila kebebasan orang lain dibendung. Jika
kebebasan itu mutlak, pengawal zoo akan membiarkan singa bebas berkeliaran di
kawasan awam, juruterbang pesawat akan mendarat begitu hampir dengan pyramid
bagi membolehkan penumpang melihat dengan lebih dekat dan mungkin anda boleh
memandu kereta di kaki lima, merempuh kedai
bunga dan mewujudkan medan
membeli belah pandu sendiri!
Sejarah tamadun memperlihatkan
manusia heboh berjuang untuk kebebasan. Setelah memilikinya, undang-undang
perlu pula digubal bagi mengawal mereka! Kemerdekaan anugerah agung daripada
Tuhan. Hormatilah kebebasan. Tanggungjawab membolehkan pemerolehan yang lebih
banyak.
a) Nilai harga sesuatu kebesaran itu adalah tanggungjawab. (Winston
Churchill)
Wallahu a’lam.
100 esei inspirasi & motivasi untuk pelajar
Stephen W.K Tan, 2009
No comments:
Post a Comment