Tuesday, September 10, 2013

Mencapai keluhuran hidup melalui tujuan yang agung



Esei 7

Tiga objektif yang menjadi tunggak utama hidup ini ialah :

a)      Diri sendiri
b)      Keluarga
c)      Rakan taulan

Kajilah kisah contoh-contoh kejayaan dalam sejarah, misalnya nabi Musa as dan nabi Muhammad saw. Kedua-duanya telah dianugerahkan perencanaan wawasan hidup yang terunggul. Ibu Theresa telah menghabiskan masa bertahun merawat para pesakit di India dan memenangi Hadiah Nobel. Florence Nightingale juga menerima pengormatan bagi keserupaan keja-kerja amalnya kepada para pesakit dan yang tercedera. Keluarga Curie telah memenangi sebanyak tiga Hadiah Nobel, dua daripadanya dimenanginya sendiri hasil sumbangan beliau terhadap dunia Sains!.

Ingatkah anda kepada Gandi dari India dan Presiden Lincoln dari Amerika Syarikat?. Senarai ini berterusan. Semuanya telah mengemblengkan seluruh tenaga dan kebolehan dengan mendukung satu tujuan murni yang hebat. Kehidupan pengembaraan yang menyeronokkan. Mereka berhasil mengabdikan pejuangan yang mengenepikan kepentingan peribadi. Justeru itu, mereka telah meninggalkan kesan yang begitu hebat dalam tamaddun manusia.

Hidup yang sempurna meliputi pemikiran yang dibenihkan ketika remaja dan direalisasikan semasa dewasa ( Alfred de Vigny)

Kehidupan orang-orang termasyhur mengingatkan kita supaya menjadikan hidup ini luhur sambil menyemai bakti, agar dapat meninggalkan kesan bukti untuk dituai oleh generasi akan datang. (Longfellow)

Wallahu a’lam.

100 esei inspirasi & motivasi untuk pelajar
Stephen W.K Tan, 2009

No comments:

Post a Comment