Friday, September 13, 2013

Al-Khansa’ binti Amr



Tokoh 2
Ibu para syuhada

Beliau mempunyai empat anak lelaki, hasil perkahwinannya dengan Rawahah bin Abdul Aziz as-Sulami. Kesemua anaknya ingin menyertai medan Qadisiyah, melawani tentera Parsi, namun perlu ada yang tinggal menjaga kedua orang tua mereka . Al-Khansa berkata kepada anak-anaknya :

Wahai anak-anakku, sesungguhnya kamu memeluk agama ini tanpa paksaan. Kamu telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kamu itu putera-putera daripada seorang lelaki dan perempuan yang sama. Tidak layak bagiku untuk mengkhianati bapamu atau membuat malu bapa saudaramu atau menconteng arang di kening keluargamu.

Jika kamu telah melihat perang meletus, singsingkanlah lengan baju dan berangkatlah. Majulah paling hadapan, pasti kamu akan mendapat pahala di akhirat, negeri keabadiaan. Wahai anakku, sesungguhnya tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu rasul Allah. Inilah kebenaran sejati. Oleh itu, berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati. Wahai anakku, carilah maut nescaya dianugerahkan hidup!

Anak-anaknya menuju ke medan perang, berjuang sehingga kesemuanya gugur di sana. Tatkala berita kematian mereka tiba kepadanya, beliau bekata : Alhamdulillah yang telah memuliakanku dengan syahidnya putera-puteraku. Semoga Allah segera memanggilku dan berkenan mempertemukan aku dengan anak-anak lelakiku dalam naugan rahmatNya yang kukuh di SyurgaNya yang luas.

Al-Khansa, seorang yang paling pandai bersyair menurut rasulullah saw itu telah meninggal dunia pada zaman permulaan pemerintahan khalifah Usman bin Affan ra iaitu pada tahun ke-24 Hijrah.

Wallahu a’lam

100 tokoh wanita di sisi rasulullah saw
Hepi Andi Bastoni, 2013

No comments:

Post a Comment