Friday, September 20, 2013

Pesan daripada ayahanda



Sebelum dia berangkat
meninggalkan pelabuhan yang sepi ini
dia sempat berpesan:

Anakku :

hidup ini bukan sekadar
menyedut angin dari gunung
atau
menikmati pancaran mentari pagi yang kelam
bebayang pun merapat
jatuh di lorong sepi

sekali-sekala
lihatlah dan nikmatilah
betapa lembut hembusan
daripada nafas kasihNya
lenalah kau dengan mimpi yang indah

Anakku:

jangan terlalu ghairah
tentang dendangan sumbang
drama yang semakin gila
cemas dan merimaskan
awas dan beringatlah
bahawa keberangkatan ini
sebenarnya tiada horizon di langit

Ayahku :

betapa agungnya bicaramu
membangkitkan aku daripada tidur yang lena
agar mencari makna-makna diri
daripada serpihan hidup yang tercicir

Juri Durabi
Kun
DPB, 1991

No comments:

Post a Comment