Tokoh 1
Menjadi
isteri nabi di dunia dan akhirat
Beliau dikurniakan kemuliaan
semasa hidup dan selepas meninggal dunia. Wahyu turun kepada rasulullah saw,
dengan Jibril membawa khabar bahawa Aisyah adalah isterinya di dunia dan di
akhirat.
Anas bin Malik meriwayatkan; Cinta pertama yang terjadi dalam Islam
adalah cinta rasulullah saw kepada Aisyah rha. Dalam riwayat at-Tairmizi
pula, ada seseorang menghina Aisyah di hadapan Ammar bin Yasir sehinggakan
Ammar berkata kepadanya : Sungguh celaka
kamu. Kamu telah menyakiti isteri rasulullah saw yang tercinta.
Aisyah sangat memperhatikan
sesuatu yang menjadikan rasulullah saw rela. Dia menjaga agar jangan sampai
baginda berasa sesuatu yang tidak menyenangkan daripadanya. Aisyah sentiasa
memakai pakaian yang cantik dan selalu berhias untuk rasulullah saw.
Rasululah saw meminta izin kepada
isteri-isterinya untuk beristirehat di rumah Aisyah selama baginda sakit
sehinggalah baginda wafat. Dalam hal ini Aisyah berkata : Ia merupakan kenikmatan bagiku kerana rasulullah saw wafat di
pangkuanku.
Aisyah pernah bermimpi melihat
tiga bulan jatuh dalam biliknya. Ketika dia memberitahu hal ini kepada ayahnya,
Abu Bakar berkata: Jika yang kamu lihat
itu benar, maka di rumahmu akan dimakamkan tiga orang yang paling mulia di muka
bumi.
Ketika isteri-isteri nabi hendak
mengutus Usman menghadap khalifah Abu Bakar untuk bertanyakan harta pusaka
peninggalan nabi saw yang merupakan bahagian mereka, Aisyah justeru berkata: Bukankah rasulullah saw berkata : Kami para
nabi tidak meninggalkan harta pusaka. Apa yang kami tinggalkan itu adalah
sedekah.
Dalam Tobaqat, Ibnu Sa’d
menyatakan, Hafsah binti Abdirrahman menemuinya dengan memakai tudung nipis.
Aisyah menarik tudung wanita tersebut sepantas kilat dan menggantikannya dengan
tudung yang tebal.
Aisyah selalu beribadah serta
melaksanakan solat malam. Beliau banyak mengeluarkan sedekah sehingga tiada
lagi wang yang tertinggal. Beliau menghayati pesanan rasulullah saw iaitu,
jagalah diri kamu daripada api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma.
Para
ahli hadis menempatkan dia pada urutan kelima daripada para menghafal hadis
setelah Abu Hurairah, Ibnu Umar, Anas bin Malik dan Ibnu Abbas. Aisyah
meninggal dunia pada usia 66 tahun dalam bulan Ramadan, tahun ke 58 Hijrah dan
dimakamkan di Baqi.
Wallahu a'lam.
Wallahu a'lam.
100 tokoh wanita di sisi rasulullah saw
Hepi Andi Bastoni, 2013
No comments:
Post a Comment