Esei 9
Jeneral Dean, tahanan semasa Perang Korea
dalam tahun 1950an. Beliau sempat menulis surat
untuk isterinya sebelum dihukum mati dengan mesej khas untuk anak lelakinya: Beritahu Bill mengenai keikhlasan. Manakala C. Simmons pula berkata: Keikhlasan adalah langkah pertama menuju ke
arah keagungan sejati.
Keikhlasan adalah kejujuran,
kebenaran dan menyeluruh. Tiada penganti bagi kebenaran dan tiada kejayaan
tulen tanpanya. Tiada jalan pintas. Jadilah manusia yang berwibawa bukannya
reputasi. Ia mempamerkan diri sebenar,
jati diri, rohani dan jasmani, jisim moral bukan sekadar tanda nama. Kewibawaan
umpama berlian yang mencakar segala batu yang lain. Hiduplah sebagai manusia
tegas dengan prinsip, kebenaran dan sifat-sifat kebaikan. Tanpa kekuatan
kewibawaan, status jatuh ke tahap binatang, ulat atau parasit. Berilah yang
terbaik, setiap ringgit yang diperoleh biarlah secara jujur, menyerlah dan
timbul sebagai yang cemerlang dan kekal sepanjang zaman.
Kesimpulannya, kebenaran adalah
kebenaran, kebenaran itu keikhlasan, dan ia ditemui di dalam fakta dan ilmu
pengetahuan. Dengan memiliki keduanya ini, keikhlasan dan pengetahuan, anda
adalah berkuasa, lagi kaya.
Kebolehan akan mengizinkan manusia naik ke atas, namun hanya kewibawaan
yang dapat menjamin agar dia tidak jatuh.
Wallahu a’lam.
100 esei inspirasi & motivasi untuk pelajar
Stephen W.K Tan, 2009
No comments:
Post a Comment