bebas daripada hukum agama
bebas daripada adat resam
bebas daripada undang – undang
bebas daripada batasan kesopanan
bebas daripada tata susila
bebas daripada norma – norma
kehidupan
bebas segala – galanya?
Merdeka yang sebenar bererti
bebas daripada penjajahan rohani
dan jasmani
bebas daripada pencemaran budaya
dan cara hidup
bebas daripada penyelewengan
bebas daripada ketaksuban membuta
– tuli
bebas daripada kekolotan
bebas daripada hasad dengki
bebas daripada tikam belakang
bebas daripada kepura – puraan
bebas daripada kesia – siaan
bebas daripada segala kedurjanaan.
Husaini A
Kota, Negeri Sembilan
Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka
JaPen., 2013
No comments:
Post a Comment