Sunday, September 15, 2013

Keupayaan Kepimpinan untuk Pembangunan Sekolah Yang Berterusan



Kata Pengantar

Linda Lambert telah meraih kejayaan bagi buku ketiganya, Membina Keupayaan Kepimpinan di Sekolah (1998) dan beliau akan terus membantu kita untuk bergerak dari tempat kita berada ke tempat yang hendak kita tuju. Keupayaan kepimpinan yang kita pelajari bergantung pada pemahaman tentang hubungan antara penglibatan dengan kemahiran. Linda membantu kita memahami cara mewujudkan penglibatan dan membentuk struktur yang membolehkan pendidik bekerja dan belajar bersama-sama selain berkongsi tanggungjawab kepimpinan.

Kepimpinan adalah berkaitan dengan sumbangan kita kepada orang lain, belajar daripada orang lain dan mempengaruhi pembelajaran orang lain. Namun begitu, kepimpinan juga bermaksud mewujudkan peluang untuk orang lain belajar: kerana apabila di dalami secara mahir, pembangunan professional sebenarnya adalah tentang pembelajaran dewasa, sama seperti pembelajaran murid. Golongan dewasa belajar menjadi rakan sejawat apabila mereka dapat mengamalkan ciri rakan sejawat dan dalam melakukannya, didapati murid juga boleh menjadi rakan sejawat.

Kepentingan membina hubungan saling berkaitan berbanding sikap bergantung adalah inti pati persepsi Linda mengenai keupayaan kepimpinan. Buku ini bukan sahaja mengajar kita tentang perbezaan ini tetapi juga cara untuk bergerak daripada sikap bergantung kepada sikap saling bergantung.

Prinsip utama keupayaan kepimpinan ialah pembangunan kepimpinan guru yang seharusnya melibatkan murid dan juga para pendidik. Dengan menghubungkaitkan penglibatan dengan kemahiran dan pembelajaran dewasa telah memberi peluang kepada kita untuk berfikir secara berkesan tentang kepimpinan serta mengikut visi budaya sekolah yang menyokong berbanding yang menghalang guru.

Kepimpinan guru tidak menggantikan kepimpinan pengetua tetapi meluaskannya. Dalam buku ini Linda menunjukkan pelbagai cara pengetua dapat mengawal atau membuka peluang kepada penglibatan dan berkembang sepanjang kontinum untuk meningkatkan pembelajaran dan meluaskan keupayaan.

Dalam bab guru sebagai pemimpin, Linda menggunakan contoh sebenar dari sekolah daerah untuk menunjukkan cara guru mengembangkan peranan kepimpinan dan membekalkan pandangan tentang pelbagai bentuk kepimpinan serta pelbagai laluan yang boleh diambil untuk mencapainya. Aktiviti, penanda aras dan rubrik dalam keseluruhan buku ini membantu kita memahami proses dan amalan yang perlu untuk membina pandangan kepimpinan ini. Dengan membimbing kita dalam subjek ini, Linda membuktikan dirinya sebagai pembimbing yang sensitive dan berpengalaman.
 
Pengajaran dan pembelajaran melibatkan kita semua dalam kepimpinan. Dalam buku ini, kita belajar tentang peranan sebagai pemimpin daerah, guru, pengetua, ibu bapa dan murid. Hanya segelintir penulis yang cuba mengkonsepsikan amalan pemimpin yang sanggup berkongsi perjuangan mereka dengan orang lain. Linda sebenarnya menyeru pembaca untuk melihat kepimpinan sebagai proses mengeluarkan tenaga, kebijaksanaan dan penglibatan seluruh komuniti sekolah. Kepimpinan secara asas dilihat sebagai suatu perkhidmatan membangunkan satu organisasi yang sihat. Kita faham bahawa belajar dan memimpin adalah berkaitan dan semua boleh menjadi pemimpin juga guru.

Ann Lieberman

Wallahu a’lam.

Linda Lambert
Institut Terjemahan Negara Malaysia
2010 

No comments:

Post a Comment