Friday, September 20, 2013

Arwa’ binti Abdul Mutalib



Tokoh 4
Membela rasulullah saw dengan lisannya

Beliau mengikuti jejak anak lelakinya, Kulaib bin Umair memeluk Islam. Anaknya memukul Abu Jahal sehibga kulitnya mengelupas. Kulaib pun diseret tapi dibebaskan kemudiannya oleh Abu Lahab.

Tatkala keislamannya diketahui oleh Abu Lahab, Arwa’ menjawab :

Sesungguhnya Kulaib telah menolong anak lelaki bapa saudaranya. Dia (Kulaib) juga rasulullah dalam lindungannya dan dia infakkan hartanya untuk perjuangannya.

Berlinanglah air mataku dan memang sudah selayaknya untuk berlinang lantaran bapaku enggan menerima kebenaran kerana rasa malu.

Dalam syairnya yang lain, Arwa’ memuji rasulullah saw dengan berkata: Wahai rasulullah, kamulah harapan kami kerana kamu telah berbuat baik kepada kami dan kamu tidak pernah melakukan semena-mena terhadap kami.

Beliau meninggal dunia sekitar tahun 15 Hijrah.

Wallahu a’lam

100 tokoh wanita di sisi rasulullah saw
Hepi Andi Bastoni, 2013

No comments:

Post a Comment