Nu’man bin Basyir bin Sa’d bin Tha’labah bin Khalad bin Zaid al-Khazraji.
Dikuniyah dengan Abu Abdillah. Beliau dan bapanya adalah sahabat rasulullah
saw.
Al-Waqidi berkata : Beliau orang yang pertama dilahirkan dalam Islam di
kalangan Ansar selepas Hijrah, 14 bulan. Meriwayatkan daripada nabi saw dan
Khalid bin Abdullah, Umar dan Aisyah dan telah meriwayatkan daripadanya
anaknya Muhammad, maulanya Salim, Urwah, Sya’bi, Subaie, Abu Qilabah, Khaithaas,
Sammak dan lain-lain.
Syaibah bin Abdul Aziz berkata : Beliau adalah qadi Damsyik selepas Fudalah
bin Ubaid. Samna’ bin Harb berkata : Muawiyah menjadikannya Gabenor di Kufah,
sebagsi ahli pidato yang hebat kemudian berpindah kepada Gabenor Hims. Mati
dibunuh pada tahun 65 Hijrah.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr
Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment