Tuesday, September 3, 2013

Senaman, pemakanan dan kesihatan



Esei 6

Jika hanya berdiam diri sahaja dalam kebanyakan masa anda samalah seperti ikan yang tidak tahu berenang atau pun burung yang tidak pandai terbang. Dan jika amalan ini berterusan, ikan atau burung itu tidak akan hidup lama, begitu juga nasib anda.

Selain meregang otot, faedah dan manfaat bersenam itu adalah jelas; lebih oksigen, pengaliran darah yang lebih baik, pembakaran lemak yang berlebihan, memberikan kesejahteraan, bercahaya, bersemangat, berkeyakinan, kuasa dan kebijaksanaan, yang tidak terhingga nilainya jika dibandingkan dengan wang ringgit.  Tidak mungkin anda boleh menikmati kebahagiaan dan kejayaan tanpa kesihatan yang sewajarnya.

a) Jadikan pemakanan itu perubatan anda. (Hippocrates)
b) Dunia dimiliki oleh mereka yang bersemangat dan bertenaga. (R.W. Emerson)
c) Sakit, badan dan minda adalah kekalahan…Sihat adalah kemenangan. (R.W Emerson)
d) Jasmani manusia adalah gambaran terbaik kepda rohaninya ( L. Wittgenstein)

Wallahu a’lam.

100 esei inspirasi & motivasi untuk pelajar
Stephen W.K Tan, 2009

No comments:

Post a Comment