Esei 12
Citra diri adalah penemuan psikologi
terbesar dalam kurun ini. Ia wujud sebagai gambaran mental dikenali imej
kendiri secara sedar atau tidak. Dr.
Samuel Johnson menegaskan bahawa keyakinan diri adalah keperluan utama bagi
daya usaha yang lebih besar.
Dengan itu, peliharalah citra
diri dengan menyemai pemikiran yang merangsang minda separuh sedar kerana
status minda berkenaan akan mudah menerima amalan yang berulang.
Sejarah telah menyaksikan ramai
manusia yang mencapai kejayaan di luar jangka, dan mereka mengakui elemen saya boleh harus tersemat di dalam sikap. Edmund
Hilary, Mark Spitz, Ibu Theresa, Steffi Graf, Bill Gates dan ratusan lagi nama
dalam Buku Catatan Guiness menyetujui hakikat ini. Lawati perpustakaan dan
bacalah kisah mereka. Dalam tarikan nafas saban pagi, lafazkanlah: Terdapat
kuasa anugerah Tuhan dalam diriku ini, sedia menanti untuk bertaburan keluar
bagaikan ledakan bunga api berwarna warni, dari saat ini tiada yang nyata atau
khayalan yang boleh menahan kehendakku untuk mencapai keagungan dan kemuliaan.
a) Jati diri amat penting, benar bagi semua orang dan sesiapa yang
menyatakan sebaliknya adalah berbohong. (Charles Williams)
b) Apabila menyaksikan persembahan artis di pentas atau dalam
televisyen, cuba
perhatikan kualiti jati dirinya. Tidak kira siapa yang anda pilih – semua
penghibur dalam dunia persembahan ada memilikinya. Jati diri merekalah yang
membawa imej kemenangan yang mempertingkatkan taraf mereka lain daripada yang
lain. ( R.L.Shook)
Wallahu a’lam.
100 esei inspirasi & motivasi untuk pelajar
Stephen W.K Tan, 2009
No comments:
Post a Comment