Bereskan kerja 3
Memang mudah menerima bulat-bulat
sebarang arahan daripada pihak atasan sebagai betul iaitu bukan sesuatu yang
dapat dipersoalkan, tetapi kita lakukan sahaja walaupun tidak dapat relevannya.
Tidak semestinya kita mesti
bersikap kritis kepada ketua sekiranya kita mempersoalkan arahannya. Kita
sekadar mahu memahami bagaimana arahan itu sesuai dengan tujuan keseluruhan
organisasi. Pemahaman perihal perkara ini akan meningkatkan komitmen kita
kerana kita mahu melakukannya dengan sehabis baik. Sekiranya kita berbuat
demikian secara umumnya, kita tidak mudah kecewa. Kemampuan mengenal pasti
sesuatu yang tidak bermanfaat dan tidak bernilai adalah berharga kepada
organisasi.
Apa yang penting, pastikan yang
kita menilai kerelevanan tugas kepada gambaran besar tetapi tidak menunjukkan
sikap kritikal kepada ketua. Berikut beberapa tip bagaimana melakukannya.
1. Dekati ketua secara bersemuka,
bukan di hadapan orang lain apabila kita mahu memeriksa kerelevanan tugas yang
diberikan kepada kita.
2. Tanya soalan terbuka, yang
mana tidak dapat dijawab sekadar ya ataupun tidak. Tanya soalan, bagaimana,
kenapa, apa, di mana dan siapa berbanding buat, akan dan boleh. Contohnya :
Saya perlu faham bagaimana tugasan ini menyumbang kepada aktiviti jualan,
ataupun bahagian mana yang menepati proses pembuatan.
3. Ambil masa bagi menyatakan
ayat ini : saya mahu melakukan tugas ini sehabis baik bagi tuan, jadi mohon
terangkan….ataupun, sekiranya saya faham nilai tugasan ini, saya dapat pastikan
ia mendapat keutamaan yang sepatutnya….
4. Sekiranya tugasan itu
sebenarnya tidak relevan dengan gambaran besar, tetapi ketua masih mahu ia
dilaksanakan, Tanya keutamaannya berbanding tugasan lain yang lebih relevan
yang perlu kita laksanakan.
5. Berterima kasih kepadanya
kerana memberi penerangan. Kita dapat menyakinkan ketua kita yang kita hanya
mendapat tugasan yang relevan tanpa diminta!
Mengetahui bagaimana tugas kita berkait dengan gambaran besar membantu
kedua-dua pihak, iaitu kita dan ketua mengurus beban kerja.
Wallahu a’lam.
Rus Slater
2012
No comments:
Post a Comment