Monday, August 31, 2015

Doa Ust Hj Muhamad Mustafa

Bahagian 3

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan KerajaanMu dan masa depan kami di akhirat nanti.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdi diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya; berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Aameen.

Masjid Abu Bakar Assiddiq,
Bangsar Kuala Lumpur
1 Dis 1988.

No comments:

Post a Comment