Sunday, February 10, 2013

Innovation dalam CTI-PCI


Menyemarak inovasi

Inovasi merupakan suatu proses untuk mencipta dan menyampaikan nilai baru  kepada pelanggan. Dalam konteks sektor awam, sesuatu ciptaan itu boleh dikatakan inovasi sekiranya ia dapat memberi manfaat yang nyata kepada rakyat atau yang diistilahkan sebagai nilai awam (public value) dan memberi nilai tambah kepada keadaan sedia ada.

Oleh yang demikian, pembaharuan yang dituntut dalam perkhidmatan awam ini adalah satu bentuk pembaharuan yang bermanfaat. Kesimpulannya, inovasi bermaksud apa-apa ciptaan atau bentuk pembaharuan yang ingin diusahakan seharusnya yang memberi manfaat untuk masyarakat masa kini dan masa hadapan.

Inovasi juga bukanlah milik eksklusif para saintis, technologist dan ilmuan semata-mata.

Renungan minda
Kodak : Kegagalan mendakap inovasi

Kegagalan mengikuti trend dan aliran terkini dalam teknologi digital fotografi telah menyebabkan syarikat gergasi Eastman Kodak jatuh muflis pada Jun 2012. Ini disebabkan syarikat tersebut tidak dapat bersaing dengan syarikat lain seperti Canon, Fuji dan sebagainya yang dapat memenuhi permintaan pengguna dalam dunia digital fotografi.

Akibatnya syarikat mengalami kerugian perniagaan dan memiliki hutang yang tinggi. Ringkasnya, kejatuhan Eastman Kodak adalah kerana ketidakpekaan syarikat tersebut terhadap perkembangan teknologi terbaru bagi membolehkan ia bersaing dengan pengeluar produk digital yang lain.

Wallaahu a’lam.

Mampu, JPM
2012

No comments:

Post a Comment