Memacu kepantasan
bertindak
Cepat di dalam melaksanakan tugas boleh diertikan sebagai satu tindakan /
langkah / inisiatif yang perlu dilaksanakan dengan segera dan disiapkan pada
masa yang ditetapkan atau dalam tempoh yang lebih awal dari yang dijadualkan
Most of the time when you lose, it is not so much of reason of making
the wrong decision as it too long to make decision. ( Kraemer, 2011)
Selaras dengan mantera business is no longer as usual, penjawat
awam juga perlu diingatkan bahawa the days
when the public service would have the luxury of time is fast becoming extinct.
Budaya kerja penjawat awam yang suatu ketika dahulu bersenang lenang dan
melengah-lengahkan keputusan sudah tidak relevan lagi dalam persaingan global
yang begitu sengit masa kini.
Kepantasan bertindak mampu
melenyapkan producer dominated attitude
iaitu sikap melaksanakan tugas mengikut kesesuaian masa mereka sendiri dan
bukan berasaskan keperluan pelanggan. Oleh itu, penjawat awam perlu memiliki
budaya kesegeraan atau sense of urgency
dalam melaksanakan setiap keputusan dan arahan selain daripada memastikan
setiap proses kerja dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Mengambil petua orang tua-tua;
kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan. Maka dengan itu,
penjawat awam diminta untuk cepat kaki ringan tangan dalam melaksanakan
tanggungjawab mereka.
Renungan minda :
The Muamba moment
– kepantasan dan keajaiban
Fabrice Muamba merupakan pemain bola sepak kelab Inggeris, Borton
Wanderers, yang diserang sakit jantung ketika menentang pasukan Tottenham
Hotspur dalam perlawanan separuh akhir Piala Football Association (FA) pada 17
Mac 2012.
Dalam tragedi ini, Muamba telah terjatuh dan denyutan jantungnya telah
terhenti. Tindakan cepat dan pantas pasukan paramedik memulihkan Muamba selama
48 minit sebelum dia dibawa ke Hospital Dada London dan 30 minit lagi diambil
untuk menghidupkan semula dengupan jantungnya di hospital telah menyelamatkan
nyawa pemain bola sepak ini. Secara keseluruhannya, jantung Muamba tidak
berdegup selama 78 minit, namun tindakan pantas dan usaha berterusan pasukan
paramedik telah menyelamatkan nyawa Muamba.
Pemain ini terus menjadi ikon kepada dunia sukan antarabangsa dan terkini
dunia telah menyaksikan Fabrice Muamba diberi penghormatan untuk membawa obor temasya
Sukan Olimpik London 2012.
Wallaahu a’lam.
Mampu, JPM
2012
No comments:
Post a Comment