Permata 16
:
Daripada Abi Syuraih, Khuwailid
bin Amru al-Khuzaie ra berkata, aku mendengar rasulullah saw bersabda: Siapa yang beriman dengan Allah SWT dan
hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya dan jaizahnya. Mereka
bertanya: Apakah jaizahnya hai
rasulullah?. Sabda rasulullah saw: Layanan
sehari semalam dan hak tetamu tiga hari. Maka selepas daripada itu hanyalah
sedekah ke atasnya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Mutiara hikmah :
a) Ibn Abbas ra berkata : Tiga
jenis akhlak pada zaman jahiliyah yang baik, yang digalakkan kepada kaum
muslimin untuk meneruskannya.
i. Jika tetamu
datang berkunjung nescaya dia bersungguh-sungguh menghormati dan menjamunya.
iii. Jika jiran
tetangganya mendapat kesukaran nescaya menolongnya termasuk membayar hutang
b) Menghias diri dengan meneliti
secara saksama, tidak memotong percakapan, lembut dalam bertutur dan halus budi
bahasa adalah lencana-lencana yang tersemat di dada orang-orang yang merdeka.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment