Permata 24
:
Daripada Abu Bakar al-Siddiq ra,
nabi saw bersabda: Dan jauhilah kamu
daripada dusta kerana ia merupakan pintu dari pintu-pintu neraka. (Hadis ini dikeluarkan al-Suyuti dan
al-Khatab dalam Tarikh Baghdad)
Mutiara hikmah :
a) Al-Rabi’ bin Khaitham ra
sentiasa membawa pensil pada waktu pagi dan
kertas untuk dicatat setiap patah kalamnya. Kemudian pada waktu petang
beliau bermuhasabah dengannya.
b) Enam perkara menunjukkan kebodohan :
ii. Bicara yang tidak berguna. Oleh kerana itu seharusnya seorang yang
berakal tidak berkata kecuali jika penting dan berguna.
iii. Pemberian yang tidak pada tempatnya seperti boros harta atau memberi
kepada orang yang tidak akan berguna baginya.
iv. Membuka rahsia kepada orang lain
v. Percaya kepada semua orang
vi. Tidak dapat membezakan antara kawan dengan lawan. Oleh kerana itu harus mengetahui siapa musuh dan
siapa kawan. Kawan untuk ditaati dan musuh untuk diawasi. Musuh yang utama
ialah syaitan, yang benar-benar harus dijauhinya.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment