Apabila datang musim maulid kita
bercakap tentang Nabi s.a.w dan teladan dalam kepimpinan, namun dunia umat
Islam masih terlalu jauh. Nama Nabi s.a.w hanya sekadar untuk modal politik
menyedapkan bicara di hadapan rakyat. Di mana Nabi Muhammad s.a.w dan kepimpinan
negara umat Islam kita?! Semasa peperangan Badar, tentera Islam mempunyai
jumlah kenderaan yang begitu terhad. 70 ekor unta terpaksa dikongsi oleh tiga
ratus beberapa belas orang tentera.
Nabi s.a.w berkongsi dengan ‘Ali
bin Abi Talib dan Abu Lubabah. Memandangkan kedudukan Nabi s.a.w dan mereka
berdua lebih muda dari Nabi s.a.w maka mereka meminta agar Nabi s.a.w sahaja
yang menggunakan unta tersebut.
Namun, dengarlah jawapan Nabi s.a.w kepada mereka: “Tidaklah kamu berdua lebih kuat daripadaku, dan tidak juga aku orang yang paling kurang memerlukan pahala dibanding kamu berdua” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dll. Hadis bertaraf hasan).

Wallaahu a'lam.
Dr. Maza
22 Feb 2013
No comments:
Post a Comment