Semestinya
cinta
itu selalunya indah
sayang itu selalunya manis
rindu itu selalunya
berbunga
setia itu selalunya
bahagia
Seharusnya
sayang itu kelopak janji
rindu itu madah bestari
setia itu impian hakiki
Mungkinkah
cinta itu mainan bibir
sayang itu lidah mengukir
rindu itu bunga waktu
setia itu godaan kalbu
Jadikanlah
cinta itu ikatan
sayang itu pegangan
rindu itu kejujuran
setia itu pengorbanan
Biarkanlah
cinta itu pahit
sayang itu menyeksa
rindu itu hiba
setia itu tanpa akhirnya.
Klang
Ogos 1985
Ahmad Sarju
Permata Budi, DBP
No comments:
Post a Comment