Seterusnya, Uwais membaca selawat kepada Nabi
saw dan berdoa sebentar, lalu dia berkata : Inilah
wasiatku kepadamu, berdasarkan Kitab Allah (Al-Quran). Kematian para rasul dan
orang soleh dari kalangan umat Islam itu waktunya telah ditetapkan oleh Allah.
Oleh kerana itu, sudah semestinya kamu ingat akan kematian dan janganlah hatimu
melupakannya walaupun hanya sekejap mata, serta berikanlah peringatan kepada
kaummu jika kamu kembali kepada mereka dan berikanlah nasihat kepada seluruh
umat. Selain itu, hendaklah kamu takut memisahkan diri daripada jemaah, kerana
hal itu akan mencerai-beraikan agamamu, sementara kamu tidak mengetahui dan
menyedarinya, sehingga hal itu akan menyebabkan kamu masuk neraka. Berdoalah
untuk keselamatan diriku dan dirimu.
Setelah itu Uwais berdoa: Ya Allah, orang ini telah menyatakan bahawa dia
mencintaiku semata-mata keranaMu, dan dia mengunjungiku semata-mata keranaMu
jua. Kerana itu, lalu perlihatkanlah mukanya kepadaMu kelak di syurga,
masukkanlah bersama-sama denganku ke tempat yang penuh kesejahteraan,
lindungilah selama dia hidup di dunia ini, dan balaslah kebaikannya kepadaMu dengan satu kebaikan.
Wallaahu a’lam.
Pelembut hati
Ibnu Qudamah al-Maqsi
No comments:
Post a Comment