Wednesday, February 20, 2013

Belajar dari mereka.....


Pendidikan dan roh kehidupan

Steven Silbiger dalam Jews Phenomenan (200:33) memberikan enam prinsip nilai berkaitan kaedah membangun kualiti pendidikan untuk anak-anak Yahudi (the Jews value education) iaitu :

1. Bina keyakinan diri anak
Ibu bapa wajib menceritakan sejarah bangsanya, keturunannya dan segalanya untuk membentuk karakter yang mengagungkan keyahudiannya. Anak-anak juga diajar tentang penderitaan generasi terdahulu yang merempat dan menjadi mangsa pembunuhan kejam. Mereka didoktrin supaya menjadi cahaya terang dunia (tikkun olam).

2. Membina kebolehan untuk mendorong kepuasan
Anak-anak ditanam agar menjadi manusia hebat melalui kaedah mendorong kenikmatan.Sifat ini berkait dengan jiwa keusahawanan, iaitu memacu diri agar tidak menjadi pengguna semata-mata sebaliknya mengaut keuntungan besar. Membaca buku sebahagian daripada deferred gratification; menimba pengetahuan sebanyaknya, kemudian hasilnya akan dituai kemudian. Anak-anak dididik untuk mengurus belanjawan menerusi tabungan dan mencatat pembelanjaan dan pendapatan.Tanpa sedar, mereka sedang dididik sebagai usahawan dan memasuki dunia perakaunan.

3. Memilih pendidikan yang terbaik.
Dr Sowell menulis : Alasan mengapa orang Yahudi memperoleh pendapatan tertinggi, bukan kerana Yahudi menikmati pendidikan yang banyak, tetapi mereka memasuki lembaga pendidikan yang berkualiti dan mempunyai semangat untuk meraih hidup yang lebih baik.

4. Membangun dan mengetengahkan generasi yang terpelajar
Anak-anak dikembangkan kemampuan untuk memperolehi maklumat, didorong untuk membaca dan memperhatikan berita di surat khabar atau televisyen. Pandangan mereka terhadap dunia ditekankan.Dailog yang sentiasa diadakan akan membentuk imaginasi dan memberikan pandangan luas. Peta dunia dibuka pada anak-anak untuk dibaca dan didengar.

5. Mencipta pengalaman pendidikan
Pendidikan adalah pembelajaran berterusan menerusi pelbagai media. Pengalaman adalah guru utama. Setiap kegiatan dijadikan topik pembelajaran.Komunikasi anak dan penjaga memberi impak dan pemerolehan ilmu bila sesuatu destinasi dikunjungi. Anak-anak diekspresikan fikiran dan perasaan serta membuat kesimpulan yang diyakini sebagai sesuatu yang baik dan memperkaya khazanah pemikiran mereka.

6. Meningkatkan kemahiran
Ketrampilan salah satu kunci kehidupan. Dorongan diberikan pada anak-anak untuk disesuaikan dengan realiti yang ada. Bakat dan bidang dikembangkan. Pendidikan di rumah ditekankan. Dari rumahlah segala kebiasaan dan pola pemikiran anak-anak mereka diwarnai. Mereka percaya bahawa rutin positif akan melahirkan hasil yang positif sebagaimana ungkapan Samuel Johnson (1709-1784) : Mata rantai kebiasaan seringkali terlalu kecil untuk dirasakan sampai pada saatnya. Kebiasaan itu sangat sukar diubah.

Wallaahu a’lam

Mengapa Yahudi berprestasi
Drs. H. Toto Tasmara

No comments:

Post a Comment