Tuesday, February 12, 2013

Uwais Al-Qarni (3)


Seterusnya Harm menyatakan bahawa Umar telah menceritakan tentang sabda Rasulullah saw tentang kedudukannya. Uwais pun menjawab : Aku belum pernah bertemu dengan Rasulullah saw dan aku tidak pernah menyertainya, tetapi aku mengetahui bahawa ramai orang telah melihatnya. Sebenarnya aku merasa berasa kurang senang membuka pintu ini, sehingga aku mesti bercerita, berkisah dan memberi fatwa, sehingga akan sibuk melayani orang ramai.

Balas Harm : Wahai saudaraku, bacakanlah ayat-ayat yang dikutip dari kitab Allah, kerana ingin sekali aku mendengarnya daripadamu dan wasiatkanlah kepadaku suatu wasiat yang akan aku hafal daripadamu. Sungguh aku ini mencintaimu semata-mata kerana Allah. Mendengar kata-kata Harm, Uwais pun menjabat tangan saudaranya itu sambil berkata : A’udzu bi As-Sami’i Al-’Alimi min Asy-Syaitan Ar-Rajim (aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari godaan syaitan yang terkutuk). Allah telah berfirman dan sebenar-benar perkataan adalah firman Tuhanku.

Seterusnya Uwais membacakan firman Allah : Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dengan bermain-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. Sesungguhnya Hari Keputusan (Hari Kiamat) itu adalah waktu yang dijanjikan bagi mereka semuanya, iaitu hari seorang rakan tidak dapat memberi manfaat kepada rakannya sedikit pun dan mereka tidak akan mendapatkan pertolongan kecuali orang yang diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang. (Al-Dukhan : 38-42)

Wallaahu a’lam

Pelembut hati
Ibnu Qudamah al-Maqsi

No comments:

Post a Comment