Wednesday, February 13, 2013

Uwais Al-Qarni (6)


Uwais menyambung bicara dengan katanya : Assalamu alaika warahmatullahi wa barakatuh, setelah hari ini aku tidak akan lagi melihatmu, dan semoga Allah sentiasa mencurahkan rahmatNya kepadamu. Aku berasa benci kalau mesti menunggu satu bulan, dan aku lebih senang seandainya aku hanya menunggu satu hari, kerana aku akan menghadapi pelbagai kebingungan dan kegelisahan selama aku hidup bersama dengan orang ramai.

Setelah hari ini, kamu tidak perlu bertanyakan lagi tentang diriku dan tidak perlu mencari-cari diriku. Ketahuilah bahawa kamu dan aku terikat oleh suatu kepentingan walaupun aku tidak melihatmu dan kamu tidak melihatku. Oleh kerana itu, ingatlah selalu diriku, dan berdoalah untukku. Insya-Allah, aku akan selalu berdoa untukmu dan terus menerus mengingatimu. Sekarang pergilah dan tinggalkanlah tempat ini, dan biarkanlah aku menyendiri menikmati kebebasan di tempat ini.

Semenjak itu Harm bin Hayyan tidak berpeluang lagi bertemu wajah dengan Uwais kecuali di dalam mimpi sebanyak dua kali.

Wallaahu a’lam.

Pelembut hati
Ibnu Qudamah al-Maqsi

No comments:

Post a Comment