Akan kuabadikan
madah pujangga
akan kusematkan
suara pendeta
akan tersusunlah
madah dan kata
akan kekal
menjadi tugu fikiran bangsa
akan kutaburkan
di depannya kuntum-kuntum budi
akan mewangi
gubahan jambangan hiasan hati
akan memukau
perasaan
akan sebuah
kesedaran
akan hakikat
lambang hati
akan Kau dan aku
akan Engkau
Tuhanku
akan aku hambaMu
akan aku hambaMu
akan dengan
kehendakMu
akan Kau dan aku
akan aku
berhubung denganMu
Akan kuabadikan
sebuah abadi
akan kau isteriku
anak cucuku
akan kau temanku
para sahabatku
akan kau anak
bangsaku watanku
akan kau manusia
akan kau alam
akan tetap
tercipta bahawa kita
akan tertakluk
kepadaNya
akan biarpun
jasad dan roh terpisah
akan hakikatnya
tiada garis pemisah
A Aziz Deraman
30 Sept 1990
( Kau dan Aku, DBP )
No comments:
Post a Comment