Permata 8
:
Daripada Abu Malik al-Harith bin
Asim al-Adyaari ra, rasulullah saw bersabda : Bersuci sebahagian daripada iman.
Ucapan Alhamdulillah memenuhi mizan (timbangan). Ucapan Subhanallah dan
Alhamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan langit dan bumi. Sembahyang adalah nur
(cahaya). Sedekah adalah keterangan (bukti). Sabar memberikan cahaya. Al-Quran
boleh menjadi hujah bagimu atau ke
atasmu. Setiap manusia berusaha, maka dia menjual dirinya (sama ada kepada
Allah dengan melakukan ketaatan atau kepada syaitan dan hawa nafsunya dengan
dia melakukan maksiat dan kemurkaan Allah), maka ada yang membebaskannya
(daripada kehinaan di dunia dan azab di akhirat) dan membinasakannya (dengan
melakukan maksiat) ( Riwayat Muslim)
Mutiara hikmah :
a) Iman terdiri daripada
perkataan dan perbuatan. Ia boleh bertambah dengan sebab amalan soleh dan
ketaatan dan berkurang dengan sebab maksiat dan dosa.
b) Terimalah diri kamu seadanya. Suatu hal yang sangat penting adalah
proses berfikir yang kamu tempuhi hingga anda perlu menentukan bahawa kamu
menerima dirimu seadanya, hingga kamu yakin sekali bahawa kamu berbuat dengan
jati diri anda, dan hingga kamu tidak mengabaikan kritikan yang menganggu
perasaanmu, iaitu sepanjang tetap berada di atas jalan yang benar. Ini kerana
kebahagian itu akan tersisih dengan sendirinya ketika keraguan atau perasaan
bersalah itu menguasai ruang fikiran anda.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment