Ya Allah denganMu kami
bertawassul, dariMu kami meminta, kepadaMu dan keranaMu dan bukan kerana
sesuatu diriMu kami rindu. Kami tidak meminta dariMu selain diriMu dan tidak
meminta dariMu kecuali kepadaMu. Ya Allah, kami bertawassul kepadaMu dalam
perkenan itu dengan wasilah, yang teragung dan keutamaan yang terbesar, iaitu
Saidina Muhammad manusia pilihan, orang yang suci dan diredhai serta nabi
pilihan. Dengannya kami memohon kepadaMu agar Engkau memberikan selawat
kepadanya dengan selawat yang bersifat abadi, lestari dan mandiri serta
bersifat Ilahiyah dan Rabbaniyah di mana ia menyaksikan bagi kami hal itu di
dalam mata kesempurnaannya dengan kesaksiannya makrifat terhadapnya juga kepada
keluarganya dan para sahabatnya. Sebab Engkaulah penolong atas itu. Tiada upaya
dan kekuasaan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha
Besar.
No comments:
Post a Comment