Tuesday, February 12, 2013

Uwais Al-Qarni (2)


Sebaik sahaja mengetahui keistimewaan Uwais Al-Qarni daripada Umar b Khattab ra, Harm bin Hayyan bersegera mencarinya di Kufah. Pertemuan antara keduanya berlaku dipinggir sungai Furat. Setelah salam bersambut tetapi tidak untuk jabatan tangan, Harm pun berkata : Semoga Allah sentiasa mencurahkan rahmatNya.

Harm juga menangis tersedu-sedu sambil mengungkapkan rasa rindu dan simpati terhadap Al-Qarnis. Lalu Uwais pun bertanya : Wahai Harm bin Hayyam, semoga Allah memanjangkan umurmu. Wahai saudaraku kenapa kamu melakukan ini kepadaku?. Lalu Harm menjawab : Kerana diperintah oleh Allah. Seterusnya Uwais berkata : Tidak ada Tuhan selain Allah. Maha Suci Tuhan kami, dan jika Dia menghendakinya, lalu segala pasti berlaku.

Harm kembali bertanya : Dari mana engkau mengetahui namuku dan nama bapaku, padahal di antara aku denganmu tidak pernah bertemu sebelum ini?. Uwais menjawab:  (Allah) Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Mengawasi telah memberitahuku, sehingga di antara rohku dengan rohmu telah saling kenal pada saat aku bercakap kepadamu. Kerana roh-roh ini sebenarnya memiliki jiwa sebagaimana halnya jasad, dan orang-orang yang beriman itu satu antara sama lainnya saling mengetahui dan saling mencintai kerana roh Allah (yang ditiupkan ke dalam jasad mereka), walaupun sebelumnya mereka tidak pernah bertemu atau berkenalan, belum pernah saling mengunjungi rumahnya, atau tempat tinggal mereka saling berjauhan.

Wallaahu a’lam

Pelembut hati
Ibnu Qudamah al-Maqsi

No comments:

Post a Comment