Hukum menziarahi orang kafir
Tidak ada
halangan untuk menziarahi seorang kafir atau musyrik jika ada maslahah. Ini
kerana Nabi saw. pernah menziarahi seorang budak Yahudi yang sedang menderita
sakit yang membawa kepada kematiannya. Baginda saw. menyeru budak tersebut
kepada Islam, lalu dia menerima dakwah Nabi saw.
al-Imam
al-Bukhari meriwayatkan di dalam sahihnya daripada Anas bin Malik ra.:
Dahulunya ada seorang budak Yahudi yang pernah
berkhidmat kepada Nabi saw., suatu hari dia ditimpa sakit, lalu Nabi saw. pergi
menziarahinya, dan baginda duduk berhampiran dengan kepala budak tersebut
sambil berkata: “Peluklah Islam.” Lalu budak itu melihat bapanya yang
berhampiran di situ. Bapanya berkata: “Turutilah Abu al-Qasim (saw).” Budak
itupun memeluk Islam, apabila Nabi saw. keluar dari rumah budak itu baginda
bersabda: Segala pujian kepada Allah yang telah menyelamatkannya daripada
neraka.
Demikian juga seperti kisah yang masyhur, menceritakan Nabi
saw. juga menziarahi bapa saudara baginda Abu Talib yang kafir sebelum
kematiannya dan baginda menyerunya kepada Islam, namun Abu Talib enggan.
Termasuk dalam maslahah menziarahi orang bukan Islam yang
sedang sakit ialah untuk menyerunya kepada Islam, atau untuk melembutkan hati
keluarganya kepada Islam atau apa-apa maslahah yang seumpamanya.
Wallaahu a’lam.
( mufti.perlis.gov.my )
No comments:
Post a Comment