Permata 3
:
Daripada Abu Zar ra, bahawa
rasulullah saw : Berfikirlah kamu
berkenaan makhluk Allah dan jangan kamu berfikir berkenaan Allah nescaya kamu
binasa. (Riwayat Abu al-Syeikh,
Hadis hasan dengan jalan dan syawahidnya)
Mutiara hikmah :
a) Berfikirlah tentang kejayaan
kamu, tentang hasil pekerjaan kamu, dan tentang kebaikan apa yang telah kamu
baktikan kepada orang lain. Kemudian bergembiralah dengan semua itu, dan
bersyukurlah kepada Allah. Hal seperti ini akan membuat hati anda terasa
lapang.
b) Bintang planet itu beredar dan berputar, malam-malam itu mengundang dan
hari-hari sentiasa berganti. Sebab itu, sangat tidak mungkin satu keadaan akan
tetap tidak berubah, sedangkan Yang Maha Penyayang setiap harinya selalu
berkepentingan dengan makhlukNya. Mengapa perlu merasa takut?
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment