Riak
Adapun riak,
dinamakannya syirik tersembunyi. Sekalian ulama bersepakat mengharamkannya dan
syarak mencelanya :
1. Firman Allah
Taala : Maka binasalah bagi orang-orang
yang bersembahyang, yang lalai dari sembahyangnya yang mengerjakan sesuatu
kebaikan untuk dilihat orang, agar dipuji dan diperbesarkan orang.
2. Sabda nabi saw
: Sesungguhnya apa yang terlebih takut
daripada apa yang aku takuti ke atasmu ialah syirik kecil. Ada sahabat
bertanya: Apa syirik kecil itu wahai Rasulullah? Maka sabdanya yang bermaksud :
iaitu riak. Pada hari kiamat nanti ketika Allah Azza wa Jalla membalas sekalian
hambaNya dengan amalan mereka, Ia berfirman kepada mereka yang riak itu :
Pergilah kamu kepada mereka yang kamu perlihatkan amalan kamu kepadanya. Maka
lihatlah adakah kamu dapat pada mereka pahala yang jadi balasan segala amalan
kamu itu.
3. Sabda nabi saw
: Allah Taala tiada menerima amalan yang
ada riak di dalamnya, walaupun sekadar habuk yang halus.
4. Sabda nabi saw
: Engkau pintalah dengan Allah Taala
supaya dipelihara daripada telaga dalam. Ada sahabat bertanya : Apa dia telaga
dalam wahai Rasulullah? Maka sabdanya : Iaitu sungai di dalam neraka Jahnam
disediakan bagi qari-qari yang riak.
Iaitu disediakan
bagi qari yang riak yang berkehendakkan dipuji orang bacaannya, lagunya dan
sebagainya kerana yang demikian itu riak lagi haram.
5. Kata Imam
al-Ghazali : Hakikat riak itu ialah
menuntut martabat kepujian di dalam hati manusia dengan mengerjakan ibadat dan
berbuat amal kebajikan.
Iaitu berbuat
demikian supaya dipuji orang supaya diperbesarkan orang atau supaya dikasihi
orang supaya dikatakan orang salih dan sebagainya. Maka sekaliannya itu haram
lagi berdosa besar.
Wallaahu a’lam.
Hidayah Salikin
Syeikh Abdul
Samad al-Palimbani.
No comments:
Post a Comment