Saturday, February 16, 2013

Empat sifat mulia


Permata  5 :

Daripada Abdillah bin Salam ra berkata bahawa rasulullah saw bersabda :

Hai manusia, berilah salam, hubungkanlah tali persaudaraan, berilah jamuan makan, solatlah pada malam hari ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu masuk syurga dengan sejahtera. (Riwayat al-Tirmizi)

Mutiara hikmah :

a) Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyum, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka.

b) Keuntungan yang hakiki adalah husnul khatimah, ucapan yang benar, amalan yang baik dan jauh dari kezaliman dan memutuskan silaturahim.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment