Ya Allah, limpahkanlah selawatMu yang paling utama selalu, berkahMu yang
paling berkembang selamanya, dan tahiyatMu yang paling baik keutamaan dan
jumlahnya, kepada semulia-mulia makhluk
manusia, kumpulan hakikat iman, dan batas kebaikan yang tampak; pemimpin
balatentera kaum Muslim, penghulu barisan para nabi yang dimuliakan, dan
seutama-utama makhluk dari semuanya; pembawa panji kemuliaan dan ketinggian
pemilik kendali kemuliaan, dan yang menyaksikan rahsia azali, sumber ilmu
kesantunan, dan hikmah, penampilan rahsia kemurahan secara sebahagian dan
keseluruhan, manusia aynil-wujud ruh
jasad dua alam, dan mata kehidupan dua tempat, yang memastikan dengan tingkat
ubudiah yang tertinggi dan yang terakhlak dengan akhlak kedudukan pilihan, sahabat
yang terbesar dan kekasih yang dimuliakan, iaitu saidina Muhammad bin Abdullah
bin Abd Mutthalib, juga atas seluruh nabi dan rasul serta atas keluarga dan
sahabat mereka semuanya sebanyak-banyak orang yang ingat menyebut namaMu dan
orang yang lalai melupakanMu.
No comments:
Post a Comment