bagaikan sepah
buih laut lalu
pecah hanyut di
permukaan kalbu
sukar berkumpul
semula
untuk bersatu
percaya.
Sewaktu aku
keluar mentari baru terbit
sewaktu aku
pulang bulan baru mengambang
seharian bagaikan
gelombang samudera bangkit
menjulang
semangat tinggi menggulung awan
kaulah yang mudah
menjerut perasaan
menolak sebuah
pembaharuan
ya, kaumenang
perang mulut
tetapi kalah
dalam kemelut.
A. Aziz Deraman
19 Sept 1999
( Bahtera
Madani, DBP )
No comments:
Post a Comment