Monday, August 22, 2016

Doa Solat Hajat UPSR

Segala puji bagiMu wahai Penguasa sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Penguasa di hari pembalasan. Selawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad saw.

Wahai Tuhan kami,
Kurniakanlah kepada anak-anak kami ini kefahaman para nabi dan hafalan para Rasul serta mendapat ilham dari para Malaikat yang hamper denganMu, juga kurniakanlah anak-anak kami ini kesihatan dan kesejahteraan.

Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak penah lalai,
Ingatkanlah  anak-anak kami ini apa-apa yang telah mereka baca, apa-apa yang mereka pelajari dari guru-guru mereka dan tidak akan lupa apabila diperlukan kelak.

Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
Jadikanlah anak-anak kami ini sebagai anak-anak yang pintar, anak-anak bertaqwa, anak-anak yang soleh dan solehah, anak yang menjadi harapan untuk memimpin negara pada masa hadapan serta golongkanlah mereka di kalangan hamba-hambaMu yang berjaya di dunia dan akhirat.

Ya Allah Ya Latif
Kami guru-guru dan ibu bapa mereka dengan rasa rendah hati memohon agar Engkau kurniakan anak-anak kami yang bakal menduduki ujian ini taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjukMu YaAllah, mudah-mudahan segala usaha yang bersungguh-sungguh selama ini dapat menunai hajat mereka iaitu mendapat sepenuh kejayaan 6A / 8A dan kecemerlangan di dalam UPSR pada tahun ini.

Di hari yang mulia ini juga kami memohon taufik dan kesejahteraan dariMu,
Anugerahkanlah anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan ini cetusan idea yang bernas, kebijaksanaan akal fikiran, ketenangan rohani dan kesihatan jasmani supaya mereka dapat mengapai cita-cita mereka, cita-cita guru-guru mereka dan cita-cita mereka serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.

Ya Allah Ya Munzilal Barokah
Kurniakanlah  kepadamerekasepenuh kekuatan, jauhilah sifat kegusaran, jauhlah perasaan gemuruh dan gentar agar anak-anak kami yang bakal menduduki ujian ini mampu menjawab soala-soalan dengan penuh ketenangan, penuh dedikasi dan cekal dan akhirnya memperolehi keberhasilan yang dicitakan iaitu 6A/8A di dalam UPSR pada tahun ini.

Aameen.

Sumber: 

PPD Muar

No comments:

Post a Comment