Saturday, April 4, 2015

Mati membawa iman

Ada 4 golongan di akhirat kelak

1) Bighairil hisab
Golongan yang masuk ke syurga tanpa hisab
a) Para rasul dan nabi
b) Sebahagian sahabat
c) Syuhada
d) Wali besar
e) Orang yang terlalu sabar
f) Orang yang terlalu miskin yang sangat redha
g) Orang yang hatinya menafikan alam dan merasakan yang wujud hanyalah Allah swt

2) Ashabul yamnin
Golongan yang sehari semalam 18 jam dalam kebaikan. Hanya 6 jam dalam perkara yang harus atau sekali sekala terjatuh kepada dosa kecil yang terlalu sedikit dan segera minta ampun. Mereka ini dijamin tidak akan jatuh ke neraka namun lambat ke syurga kerana perlu dihisab terlebih dahulu.

3) Ashabussyimal
Golongan yang mati  membawa iman namun timbangan jahatnya lebih berat berbanding baik. Akan masuk ke neraka menurut banyak dan besarnya dosa-dosa yang dilakukan terlebih dahulu sebelum ke syurga.

4) Ashabul a’raf
Golongan yang timbangan baik dan jahatnya sama banyak. Mereka ini paling akhir masuk ke syurga setelah semua ahli syurga memasuki syurga. Mereka masuk syurga kerana mendapat syafaat daripada ahli syurga.

Wallahu a’lam.

Shuib Sulaiman
Prestasi umat cemerlang, 2012

No comments:

Post a Comment