Thursday, February 9, 2012

Al-Baqarah ( 36-40 )

  1. Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari surga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya : dan Kami berfirman : Turunlah kamu. Sebahagian  dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati).
  2. Kemudian nabi Adam menerima dari TuhanNya beberapa kalimah, (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya),  lalu Allah  menerima taubatnya: Sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
  3. Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu pertunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti pertunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
  4. Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
  5. Wahai Bani Isra’il! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Ku berikan kepada kamu dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).

( Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Quran, Darulfikir ms 18-19  )

No comments:

Post a Comment